Entry: Artemis Fowl: The Opal Deception Tuesday, June 28, 2005





Tajuk: Artemis Fowl; The Opal Deception
Penulis: Eoin Colfer
Penerbit: Puffin Books
Dibeli Di: Popular, Kota Bharu

Watak Utama:
1. Artemis Fowl, Butler, Captain Holly Short.
2. Opal Koboi, Merv dan Scant Brill.
3. Mulch, Foaly, Commander Julius Root.

Tentang Apa Buku Ini:
Opal Koboi, penjenayah pixie yang berada dalam tahanan di klinik Dr Argon melepaskan diri dengan bantuan dua pembantunya, si kembar Brills. Bagi membalas dendam Koboi merancang pembunuhan Commander Root, menuduh Captain Short dan cuba membunuh si Mud Boy penjenayah cerdik berusia dua belas tahun, Artemis Fowl dan pengawalnya Butler. Semua ini dilakukan supaya Koboi dapat meneruskan rancangannya untuk memusnahkan dunia fairy dan mengawal dunia manusia.

Cara untuk menahan Koboi dari meneruskan rancangannya, Artemis harus diingatkan semula tentang dunia fairy yang telah disapu bersih oleh centaur Foaly sebelum ini, Captain Short harus dibersihkan dari tuduhan membunuh dan si dwarf Mulch harus melarikan diri dari penjara untuk membantu mereka.

Apa Yang Saya Suka:
1. Ia adalah kombinasi Harry Potter dan CSI. Dunia magik berselirat dengan teknologi sains terkini. Penulis Eoin Colfer memberikan cerita ini identitinya yang tersendiri.
2. Watak-watak yang jelas dan ada kelebihan masing-masing.
3. Cerita yang penuh aksi sepanjang perkembangannya.
4. Karakter dan dialog-dialog yang lucu, hidup dan spontan. Saya tergelak-gelak dan menggeleng kepala membaca buku ini.

Apa Yang Saya Tidak Suka:
Bagi seorang pembaca buku yang obses, sukar rasanya mencari kekurangan buku yang dibaca bila ia sudah memberi saya hari yang ceria!

Kalau Anda Suka Buku Ini, Anda Mungkin Suka Buku-Buku Lain:
1. Siri Harry Potter.
2. Buku-buku lain Artemis Fowl; Artemis Fowl, The Eternity Code, dan The Arctic Incident.

   1 comments

malaysia web design
July 2, 2009   08:56 AM PDT
 
penjenayah kena tahan dekat klinik

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments