Entry: Ulasan Kecil: Tunggu Teduh Dulu Sunday, May 22, 2005





Tajuk Buku: Tunggu Teduh Dulu
Penulis: Faisal Tehrani
Penerbit: Penerbitan Selain
Dibeli Di: www.se-lain.com

Watak Utama:
1. Salsabila Fahim, Kamil, Lam Ping Hai dan Sazli.
2. Teh Sofia dan Dendy.
3. Mak Cik, Shahruzzaman dan Mimi.

Tentang Apa Buku Ini:
Cerita tentang Salsabila Fahim dan teman rapatnya Teh Sofia gigih mengusahakan ladang betik. Mak Cik yang sakit, Shahruzzaman yang liar. Dihimpit pula desakan kasih yang ditagih oleh Kamil mula-mulanya dan kemudian datang pula Lam Ping Hai atau Saifullah. Sarat dengan dugaan ujian dan perasaan.

Apa Yang Saya Suka:
Bahasa Faisal Tehrani macam air sungai menderu laju berlagu tapi menenangkan. Ada banyak isi-isi yang mengisi rohani. Juga, perihal betik dijelaskan dengan mendalam dan penuh teliti. Kawan saya kata; "Pandai Faisal berbicara bagi pihak perempuan."

Apa Yang Saya Tidak Suka:
Awal sesudah membaca buku ini, saya sedikit kecewa. Sebab jalan ceritanya tipikal kisah cinta, dan watak Salsabila Fahim terlalu diberatkan dengan terlalu banyak dugaan. Ini komen saya secara peribadi. Mungkin sebab saya menyangka hasil tulisan yang sama macam 1515 atau 1511H Kombat. Tapi kawan-kawan saya yang baca semuanya suka buku ini dari kulit ke kulit.

Kalau Anda Suka Buku Ini, Anda Mungkin Suka Buku-Buku Lain:
1. Cinta Hari-Hari Rusuhan oleh Faisal Tehrani
2. Naluri oleh Mohd Nazir Saad
3. Lambaian Huda oleh Mohd Nazmi Yaakub

   2 comments

malaysia web design
July 2, 2009   09:54 AM PDT
 
pandai dia bawak watak tu
afna
June 14, 2007   06:24 AM PDT
 
saya paling suka novel ni...cerpen Api KL belum Terpadam dh baca tp Cinta hari-hari Rusuhan belum kesampaian lagi...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments