Entry: Koleksi Shaharom T.M Sulaiman Tuesday, May 03, 2005



Keanehan Dan Keunggulan Buku

Click for larger version of journal entry picture...

Sesetengah individu berperilaku aneh terhadap buku, seperti John Stewart yang berwasiat supaya dia dikuburkan bersama buku-bukunya. Manakala Isac Volmer dan Theodore Rinking sanggup memakan buku. Dalam era terkini, pakar kesihatan Inggeris telah berjaya menyembuhkan penyakit tertentu dengan menggunakan buku.
Keanehan dan Keunggulan Buku menghimpunkan tulisan penulis tentang keupayaan buku dan perpustakaan dalam mempengaruhi kehidupan manusia. Antara yang menarik diperkatakan ialah membaca sebagai terapi, adab menjaga dan menghormati buku, kuasa sihir novel Harry Potter, kisah penjenayah buku, buku-buku yang mengubah dunia, perpustakaan digital komersial, pengurusan pusat sumber sekolah pada alaf baru, si idiot's lawan si dummies, sentuhan Amazon.com dan mimpi buruk penerbitan novel-E.
Menerusi buku ini, khalayak akan dapat mengikuti perkembangan hayat buku dengan segala keanehan dan keunggulannya, dari zaman tradisional hinggalah era digital. Sejarah membuktikan bahawa buku merupakan indeks kepada kecemerlangan dan keintelektualan bangsa. Bahkan tahap kemajuan sesuatu bangsa ditentukan oleh tahap kemajuan industri bukunya. Kecintaan terhadap buku mendorong penulis untuk melahirkan karya ini bagi tujuan menyedarkan serta mengembalikan minat kepada sesiapa jua yang pernah membaca agar terus membaca.

Buku Kekasih

Click for larger version of journal entry picture...

Adat orang berkasih, tika berjauhan gundah-gulana, menghitung waktu bilakah dapat bersua. Kala di sisi, segenap jiwa bernyanyi ria. Kekasih hadir mengubat banyak perkara.
Begitu ibaratnya jika buku menjadi kekasih. Sentiaa mengerti dan memberikan harapan. Acap kali manusia dikecewakan sesama manusia. Tetapi buku tidak pernah mengecewakan walau bagaimana sekalipun "dia" dilayan. Dia kekasih abadi bagi yang mengerti.




Apa Ada Dengan Buku

Click for larger version of journal entry picture...

Ya, ada apa dengan buku? Seperti cinta suci yang tulus, buku ada segalanya. Menjadi teman paling sabar, guru yang bijaksana dan jendela yang luas. buku menawarkan ilmu, pengalaman juga bujukan buat mengisi kalbu, memperkaya pengetahuan, mempertajam minda, menguja nuansa.



   2 comments

Khairusy
May 11, 2005   03:59 AM PDT
 
Apa ada dengan buku juga ada saya buat ulasan di dalam bukuonline. Jemputlah lawat.
rainbow
May 6, 2005   06:45 PM PDT
 
kalau achik masih ingat Rainbow lagilah..

dulu selalu membaca tulisan achik..

Tapi blognya tiba-tiba saja mati kenapa ya?

Kalau ada blog baru boleh diberitahu..



Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments