Entry: Gelora Jiwa ~ Aisya Sofea Wednesday, April 13, 2005



Gelora Jiwa
~  Aisya Sofea

~ Alaf 21 Sdn Bhd
~ 404 mukasurat
~ rm 17.00

Sinopsis

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? 
Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci?

Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka.  Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka.  Bagaimana harus dijelaskan, setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya.  Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas?  Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak?  Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan.  Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat.  Hanif Ashman satu mimpi.  Hanif Azman pula satu realiti.  Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya.  Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang.  Jadi, bagaimana?

Dia tekad dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati.  Tapim siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

-------------------------------------------------------
I am such a sucker for a love story.  Hahaha!  An enjoyable read.  Yes, I know, I was having an overdose of Norhayati Berahim, so Aisya Sofea was defintely a change.  Very simple plot.  Interesting and hilarious introduction.  Scene that could happen in our everyday life.  Where a 'playboy' old man menggatal while Girl was waiting for the bus to move.  In desperation and panic, Girl grabbed the first youngman who steps in the bus, and pretends to scold Boy for being late. 

After the initial surprise, Boy fells in love (at first sight) with Girl.  And subtlely manuevers into Girl's life.  Girl however, truthfully says she has a fiance'.  Boy figures that for as long as Girl is not yet married, he still has a chance to win her heart and hand in marriage.

Twist in the story when Boy finds out that Girl's fiance' is in fact his younger brother.  Boy also has an adopted child.

I wont tell you the ending.  Hehehe..

And another thing.. call me a snob, if you wish.. but where the characters speaks english.. there was no grammer errors or bahasa rojak.

~~
I imagined Faizal Hussein as Hanif Azman.  And that guy (the boy cousin) in the drama Rafflesia to be Hanif Ashman.  Azean Irdawaty as their mother or Mak Long.  Rita Rudaini can be the heroine.

   8 comments

Ain
August 19, 2009   01:55 PM PDT
 
Saya adalah peminat setia novel aisha sofea. sememangnye saya menggemari bahasa yang digunakan dalam semua novel yang dihasilkan oleh beliau. Saya amat mengemari ADAM DAN HAWA. cerita itu terlalu mengusik jiwa sesiapa yang membacanya. sememangnya AISHA SOFEA adalah penulis kegemaran saya...
Anna
August 12, 2009   03:34 AM PDT
 
Assalamualaikum....Tahniah Aisya Sofea....Saya da baca Adam & Hawa....Gelora Jiwa....Memang best no 1....Dan sekarang saya nak kumpul koleksi aisya sofea pulak. Novel anis ayuni pulak semua da ada dalam simpanan saya....memang da gila novel le....berabis duit kat novel.....
Jane
July 1, 2009   03:28 PM PDT
 
saya suka sgat novel ni..ceritanya besttt!!
Jane
July 1, 2009   03:27 PM PDT
 
sya suka baca novel ni..ceritanya besttt!!!!!
iffah
January 24, 2009   06:54 PM PST
 
salam..ai, sy salah sorang peminat awk kat malaysia ni...n awk salah sorang penulis favourite sy...suma nvl awk sy beli n baca except JAUH..x taw nape sy x minat kat novel 2....sy plg suka novel KAU UNTUKKU....best sgt...so, sy akan terus sokong karya2 awk...do more better...chaiyOk
intan
October 31, 2008   02:37 PM PDT
 
i love it.well.,its quite interesting story..however it still can't challenge KAU UNTUKKU which is also written by aisya sofea..she is such a good writer.congratz.
shalee
December 2, 2005   02:00 AM PST
 
Aisyah sofea adalah salah satu penulis novel yg plg sy gemari. terutama novelnya sehangat asmara & Kau untukku. sy sangat suka bahasa yang digunakan oleh beliau, ini krn x terlalu jiwang. tidak spt penulis lain.
islawati
July 7, 2005   09:43 AM PDT
 
Novel pertama yang saya beli sejak beberapa tahun tidak membaca novel.
Selepas membaca Gelora Jiwa, saya terus jatuh cinta dengan penulis. Jalan cerita tidak membosankan kerana terdapat banyak dialog dan kata-katanya juga indah tetapi tidak terlalu "jiwang". selepas membaca sehingga habis saya terus mendapatkan beberapa buah novel yang lain untuk dibaca. Begitulah penangan Aisha Sofea!
Kini, beberapa buah novel telah menjadi koleksi kesayangan saya dan sudah semestinya Aisha Sofea menjadi penulis favourite saya!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments