Entry: The Bookseller of Kabul - Asne Seierstad Monday, March 28, 2005



Kisah benar tentang keluarga penjual buku di Afghanistan. Penulis menulis dari apa yang diceritakan kepadanya sepanjang dia tinggal bersama keluarga ini.

Sultan Khan, pemilik 3 kedai buku di Afghanistan. Telah melalui pelbagai zaman, sehingga ketika Taliban memerintah negara tersebut. Buku2 nya di koyak, di bakar oleh askar2 yang buta huruf, semuanya kerana arahan pihak atasan yang mengeluarkan perintah bahawa apa sahaja yang mempunya gambar harus dibuang dan di bakar. Setelah beberapa kali perkara sebegini berlaku, Sultan Khan mula menyembunyikan buku2 yang berharga dan hanya akan menjual kepada orang yg benar2 dipercayai.

Diceritakan tentang keluarga Sultan Khan. 2 isterinya, 4 anaknya, ibunya, adik2 nya, ipar duai, kesemua mereka tinggal sebumbung kerana seolah adat bagi mereka sekeluarga tinggal sebumbung.

Buku ini juga banyak bercerita tentang wanita2 Afghanistan yang memakai burka(tutup seluruh muka) semasa era pemerintahan Taliban tetapi apabila jatuhnya Taliban, kebanyakan dari mereka membuang burka. Ada juga diceritakan adat perkhwinan selepas jatuhnya Taliban, di mana tarian dan muzik di mainkan(tidak dibenarkan semasa era Taliban).

Apabila membaca buku ini, saya agak risau apabila memikirkan apakah yang difikirkan oleh mereka yang bukan beragama Islam. Sebabnya, buku ini seolah menggambarkan yang perempuan tidak boleh buat decision sendiri, segala keputusan di putuskan oleh ketua rumah dan ibu. Contohnya dalam hal perkahwinan, terima atau tidak satu pinangan itu di putuskan oleh Sultan Khan sendiri. Lagi satu contoh, apabila isteri pertama Sultan Khan, Sharifa hendak menjadi guru, dia tidak boleh bekerja apabila anak lelakinya yg dlm lingkungan 20 tahun tidak membenarkan dia bekerja. Di sini nampak peranan wanita hanya sebagai ibu dan uruskan rumah.

Jadi, pemahaman orang lain terhadap wanita Islam seolah Islam itu tidak elok kerana memperlakukan wanita seperti itu padahal mcm di Malaysia, kita di beri kebebasan sepenuhnya. Tapi itu la, terdapat banyak buku yang memperlihatkan wanita Islam sebegini. Mungkin kerana tidak ada penulis yang ingin menulis tentang wanita sebegini. Kan bagus kalau penulis2 Melayu yang asyik menulis kisah cinta mampu menulis tentang gambaran sebenar wanita Islam dengan menjadikan wanita di Malaysia sebagai contoh?

Apa2 pon, buku ini tidaklah prejudis terhadap Islam malah ada part Al-Fatihah di terjemahkan. Terdapat juga pandangan masyarakat Islam terhadap Salman Rushdie dan kisah anak Sultan Khan ketika melawat Makan Saidina Ali.

Buku yang bagus dan lain sebab ini gambaran sebuah keluarga yg unik, bukan gambaran masyarakat Afghanistan itu sendiri. Keluarga yang educated, tentang cita2 Sultan Khan untuk membina empayar buku, membuat saya lebih faham tentang mereka.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments