Entry: MAGICIAN - RAYMOND E.FEIST Tuesday, March 22, 2005



Seharian cuba menghabiskan buku ini.

Ketika melihat tajuk buku ini, saya sangka ceritanya penuh dengan magic, ala2 Harry Potter atau pun buku2 Philip Pullman tetapi bila dah baca, berbeza. Ada magic, tetapi itu bukan fokus buku ini.

Buku ini mengisahkan tentang Crydee, sebuah kingdom. Keamanan terganggu apabila sebuah kapal terhempas di pantai Crydee. Saat menandakan serangan dari makhluk asing. Makhluk asing di sini bukanlah alien yg mcm ET tetapi makhluk dari dunia lain. Dunia yg berbeza. Mereka menyerang untuk mendapatkan besi, yg tiada di dunia mereka.

Duke Borric, pemerintah Crydee bersama dua puteranya, Pug(apprentice to Kulgan, a magician), Kulgan, Tomas(rakan baik Pug, a soldier-to-be), serta beberapa org lagi mula mengembara, menuju ke negara2 lain, untuk mendapatkan bantuan bagi melawan Tsurani(makhluk asing tuh).

Sepanjang perjalanan itu, pelbagai rintangan yg mereka alami dan tempuhi. Dlm perjalanan ini juga, Tomas terpaksa ditinggalkan ketika mereka di serang di mines yg dimiliki Dwarf. Seterusnya mereka menyerang Tsurani di mana Pug pula hilang dari pandangan. Pug rupanya menjadi slave di dunia Tsurani.

Pelbagai adventure yg di ceritakan di dalam buku ini. Pada saya, buku ini seperti LOrd Of the Rings, kisah tentang peperangan, tentang elves, dwarfs, magic cuma yang bezanya, di sini tiada cincin pemusnah. Tetapi magic, di mana di dunia Tsurani, magician amat di hormati tetapi lain di bumi Crydee.

Ada juga part buku ni mcm nak skip je sbb bosan tapi baca gak, sbb kang x tau citer. Apa2 pon, bila dh abis baca, rasa tak puas. Rasa nak baca sambungannya. Nak tahu apa akan jadi.

Masa baca, in my mind, scene2 tu ada yg saya imagine ala2 mcm citer LOTR.

Hmm... kena bagitau nih, tulisan kecik, buku tebal, there r times walau mcm mana rasa interesting citer tu, ada gak rasa nak tido.. hehehe.

Aper2 pon, best juge buku nih!

   1 comments

wisya
May 27, 2005   07:03 PM PDT
 
Buku ni antara buku yang menjadi harta kesayangan saya. Lebih istimewa buku ni dikenalkan oleh guru BI yang baik dengan saya di sekolah dulu. Memang bila dah baca Magician, akan nak baca semua cerita yang seterusnya.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments