Entry: Interlok - Abdullah Hussain Thursday, March 10, 2005




INTERLOK
Abdullah Hussain
Dewan Bahasa dan Pustaka (1996)
ISBN 983-62-5578-8


Sebuah karya yang tulus dan menarik dari sasterawan negara, Abdullah Hussain.

Novel ini berkisar kepada corak masyarakat rakyat Malaysia melibatkan intergrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.

Terbahagi kepada empat bab utama - Keluarga Seman, Keluarga Cing Huat, Keluarga Maniam, dan Interlok. Tiga bab teratas menceritakan bagamana kesemua keluarga hidup dan berkembang dlm pelbagai rentasan zaman.

Bab Keluarga Seman menggambarkan cara hidup tipikal Melayu yg sentiasa mahu jadi tuan tanpa memikirkan kesan jangka panjang sehinggakan sanggup berhutang keliling pinggang - biar papa asal bergaya, rajin berkerja tetapi takut untuk menerima perubahan dan menghadapi cabaran besar seperti dalam bidang pendidikan. Lemah lembut dan bangsa yg berbudi pekerti tetapi adakalanya sampai membiarkan diri dipijak orang.

Bab Keluarga Cing Huat mendedahkan kita pada sikap orang Cina yang memang berbakat dalam bidang perniagaan, tamak dan pentingkan diri sendiri. Bercita-cita tinggi dan penuh dengan muslihat. Namun, mereka sangat pentingkan ikatan kekeluargaan dan percaya pada semangat nenek moyang.

Bab Keluarga Maniam pula mencerminkan kehidupan orang India dengan ladang getah sebagai pekerjaan majoriti. Rela menjadi hamba kerana sedar merantau di negeri orang. Berpegang teguh pada janji dan jujur. Keras hati dan cepat mempercayai orang lain. 

Bab ke-empat, Interlok, menemukan dan menggabungkan ketiga-tiga keluarga dalam satu situasi yg tidak dijangkakan.


Walaupun kita sudah tahu latar belakang ketiga-tiga masyarakat besar ini, tetapi Abdullah Hussain berjaya membuatkan saya membaca sehingga penghujungnya. Corak penulisannya terus (straight-forward), mudah dan jelas. Semua cerita (peristiwa) yang diceritakan dalam buku ini menarik dan fakta-fakta digambarkan secara fiksyen.

Interlok memenangi hadiah penghargaan Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka tahun 1967.

Sebuah hasil penulisan yg lama tetapi tidak dimakan zaman! Selamat membaca :)




 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments