|
Buku ini mengisahkan kehidupan Nella, dari dia di alam persekolahan hingga ke saat-saat akhirnya. Nella, tidak seperti gadis lain yang hanya memikirkan perkahwinan, mempunyai cita-cita untuk belajar hingga ke universiti dan mempunyai kerjaya. Namun impiannya tidak kesampaian apabila bapanya terlibat dalam satu kemalangan. Nella terpaksa berhenti dari sekolah dan bekerja di kilang pakaian. Kepintaran Nella menyebabkan dia di lantik sebagai supervisor pada usia yang muda. Dari situ, Nella mula menjadi orang kepercayaan pemilik kilang tersebut. Ada juga kisah percintaan Nella. Part yang aku suka adalah masa Franco cuba memikat Nella dengan membaca sebuah sajak William Butler Yeats. Namun semasa perkahwinan nya dengan Franco, Renato, kekasih pertama Nella pulang. Kesimpulannya, buku ni bercerita tentang Nella dan keluarganya. Seperti buku2 nya yang lain, Adriana selitkan resepi dan di dalam buku ini, terdapat resepi sponge cake. Setakat ini, penulisan Adriana belum lagi menghampakan, malah setiap bukunya mempunyai tarikan mereka sendiri. |