Entry: Tony Parson - The family way Sunday, January 01, 2006



New year resolution: Update Bicara Buku!! Hehehe. Sorry for those who wait ages for an update.

So here it is. A book by Tony Parson, "The family way".

Lagi sebuah buku yg best dari Tony Parson. Sesiapa yg belum baca "A man and a boy", sila baca. Aku rasa buku tu best sangat.

Seperti biasa, Tony Parson suka bercerita tentang hal2 kekeluargaan. Buku ini mengisahkan 3 orang adik beradik yang ditinggalkan emak mereka ketika mereka masih kecil. Bapa mereka adalah seorang pelakon maka jarang berada di rumah. Maka Cat, sebagai anak yang sulung terpaksa memikul tanggung jawab sebagai ibu dan bapa untuk adik2nya, Megan dan Jessica.

Mereka membesar. Cat bekerja di sebuah restoran, Megan(yg bongsu) berjaya bergelar doktor dan Jessica, berhenti bekerja dan berkahwin.

Cat tidak pernah inginkan perkahwinan dan anak kerana masa silamnya. Pengalaman semasa kecilnya yang terpaksa membesarkan kedua-dua adiknya membuat Cat berazam tidak mahu mempunyai anak.

Berbeza dengan Jessica yang terlalu inginkan anak sehingga sanggup melakukan pelbagai ujian. Megan pula tidak terfikir untuk mempunyai anak kerana ingin fokus pada kerjayanya.

Megan mendapati dia mengandung selepas 'a one night stand' dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Ini membuat Jessica berasa begitu marah kerana merasa tidak adil terhadap apa yang berlaku.

Seterusnya buku ini bercerita tentang bagaimana ketiga adik-beradik ini berhadapan dengan masalah mereka. Bagaimana mereka 'being supportive' terhadap satu sama lain. Dan dalam proses ini mereka cuba memahami maksud 'family'.

Pada pendapat aku, buku ni relate to everyday things. Benda2 biasa yang buat kita keliru. Give me more insight into life. And not having a kid does not mean world gonna end, there is more way to happiness.

If u r a fan of Tony Parson, this is really a great book, sama best mcm A man and a boy.

   1 comments

malaysia web design
July 2, 2009   07:51 AM PDT
 
happy new year

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments