Saturday, May 08, 2004
Setia Menanti – Fauziah Ashari (07052004)


Suatu cerita cinta & keluarga yang komplex.

 

Cerita berkisar di dalam keluarga Adrina.  Ibu bapa Adrina telah bercerai semasa dia masih kecil.  Adrina dibesarkan ayahnya.  Ibu Adrina telah berkahwin lain dan juga telah mendapat seorang anak lelaki bernama Nazhim.  Suami kedua meninggal dunia dan ibu Adrina sambung hidup sebagai Ibu tunggal sekali lagi.

 

Ayah Adriana pula berkahwin lain cuma setelah Adrina meningkat dewasa.  Ayah Adrina berkahwin dengan seorang janda beranak satu.

 

Adrina terkejut apabila mendapat tahu yang ayah nya telah berkahwin dengan Zalikha, ibu kepada Seorang yang dia pernah menaruh hati, Akid Ajmal.  Akan tetapi cinta itu putus setengah jalan setelah Ajmal berpindah ke tempat lain dan juga kerana hadirnya Fatihah.

 

Masa berlalu dan sekarang Adrina tinggal serumah dengan Ajmal, abang tirinya.

 

Mungkin kah ini, second chance bagi Adrina untuk mendapat Ajmal? 

Apa jadi dengan Fatihah?

 

Fatihah muncul kembali dalam hidup Ajmal bila dia bekerja di syarikat yang sama.

 

Mungkin kah cinta berputik kembali? 

Kenapa cinta Fatihah dan Ajmal kecundang dahulu? 

Siapa pula Dany?

 

Character lain seperti Zulfaris yang cinta Adrina setengah mati, juga dimasukkan untuk confuse pembaca.  Juga character Roslan sebagai seorang ketua yang bersifat buaya dan juga bagaimana ayah Adrina berangan untuk berkahwin dengan ibu Adrina setelah ia menjadi janda, makes the plot more complex.

 

A good read.  But read with a clear mind and know the hukum hakam of wanita-wanita yang haram dikahwini.  No parts that is ter-over (sexual innuendos) or gross.  Fauziah had always been a favorite with me.


REVIEW BY IRENE WYNN


Posted at 12:05 pm by AiSkRiM
Comments (2)

Thursday, May 06, 2004
HYPATIA, or new foes with an old face

i'm currently reading this book, written by Charles Kingsley...

since i'm telling u that CK was a professor in history in the 19th century, u would realize now that u have to read a little on philosophy and mythology before reading this book... i didn't, and, being an engineering graduate, i know zilch about philosophy... this means that i have to read word by word to TRY to understand what the author is trying to say... and most of the time i don't get it at all... (",)

still, this book does have an interesting premise... and as my teacher used to say, it's better to have read n understand half of a good book, than not to have read it at all... yea?

anyway, this story is about the city of Alexandria and the political cum religious problems that were brewing within the city's population... the rise of the christian faith at the time meant that the old faith, philosophy were considered as heathen and christianity was adopted as the official religion... leading the christian monks were Cyril, while the temple of pallas athene were guarded by Hypatia and her father...

Hypatia is this beautiful (what else?) & intelligent maiden who lectures on philosophy and regarded by the philosophers as the messenger of goddess pallas... her most brilliant pupil, Raphael Aben-Ezra is the one closest to her & matches her intellect (& she even suspects he knows more from her than he's letting on) and would be the person whom she would unleash all her knowledge, but for the fact that he's a Jew...

at the time, the two schools of thought (christianity & philosophy) fought hard to win over the population... the christians, the philosophers and the Jews regarded each other with suspicion... riots and clashes were rife... caught in the middle of it all was Philammon, a young monk from a faraway desert laura who was sent by his abbot to aid Cyril to fight for the christian faith..

other characters worth noting include Orestes the city prefect who has pledged his christianity to Cyril but has the hots for Hypatia, Miriam the shrewd old Jewish moneylender with a soft spot for Raphael, Peter the Reader @ Cyril's main sidekick who has a wicked heart (i believe so from what i've read so far) and Pelagia - a lovely girl whom i suspect shall be revealed to have a family connection with Philammon but i've yet to come to that part (",)

this book is littered with references to Homer's works, Greek myth, Nordic myth and philosophical thoughts which i haven't the slightest idea about (",)... so i get slowed down every few pages or so... but thanks to my useful thick webster's dictionary i am able to get past most of the names and places... other than that, the characters' ramblings (mostly the philosophers') to themselves kinda remind one of venezuelan telenovelas (remember the mis tres hermanas? hehe) and gets tedious after a while...

but if u'd like to give this book a try, by all means do so... don't let what i'm saying discourage u... i won't promise you an instantly engaging read coz it took a while for me to warm up to this book... but it did grow better after a while... and the fact that i keep imagining Orlando Bloom as the confused Philammon does help (",) hehe :blush blush:

anyway, you get a story, poetry, philosophy & mythology in one book... quite a deal dontcha think? after all... reading IS to enhance ur knowledge & broaden ur horizon, eh? 

that said, however, i have no idea how you can lay your hands on this book because i bought it at a secondhand bookstore in bazaar chowrasta, penang (it's a really cool place for cheap used books! anyone interested to know can tag me at my blog) and it's REALLY old... maybe you can go to the classics section at any MPH or Kinokuniya stores... the author's name is Charles Kingsley...

Posted at 07:51 pm by mizzJo
Comments (2)

ARTEMIS FOWL- EOIN COLFER

Buku yang sedang 'hot' sekarang. Published in 2001,tapi just discover it. Buku ini mengisahkan tentang Artemis Fowl, budak lelaki berusia 12tahun, seorang anak orang kaya yang terpaksa menjaga ibunya yang 'gila' setelah bapanya hilang tiba2.

Sebagai seorang Irish, yang mempercayai kewujudan fairies, gnome, leprechaun etc., dia telah menjelajah merata dunia mencari The Book. Buku yg dicarinya adalah buku peraturan fairies. Artemis ingin mencari jalan bagaimana hendak mendapat pot of gold.(Irish percaya yg all fairies keep a pot of gold).

So, dia berjaya membaca buku tu setelah menilik segala jenis language yg dia tau,hmm.. buku tu dlm bahasa gnomish(fairies nyer bahasa la). So, utk mendapat emas, dia mesti kidnap one of these creatures and the gold is as a ransom.

Luckily, time tuh ada satu leprechaun pompuan yg kena buat ritual. Ritual ni sebagai nak bagi kuasa magic dia byk balikla, ala2 charge bateri. Neway, leprechaun ni, Holly, seorg polis. So, Artemis ni gi tangkap Holly semasa dia nak buat ritual tuh, memandangkan si Holly ni jarang buat ritual, magic dia xde la so memudahkan Artemis tangkap dia.

Kehilangan Holly disedari member2 dia dekat polis department. Dlm buku nih, technology diorg lagi canggih dr tech manusia, so polis2 ni bley track down Holly. Tp since Artemis ada buku tuh, dia tau la mcm mana polis2 ni nyer procedure semua. So, awal2 tuh, Artemis dpt kalahkn polis dan negotiate dgn diorg. KAsik gold and diorg get Holly.

Maka seterusnya adegan2 pihak fairies ni  nak fight jugak dgn Artemis dengan membawa troll dan mengupah dwarf utk mencari sumber pengetahuan Artemis tentang diorg.

Pihak polis telah mcm freeze time dan diorg bersedia kasi gold pd Artemis tapi by the time diorg dpt Holly, diorg akan 'meletupkan' tempat tuh,di mana mmg xde org lagi sblm ni yg bley survive. Tetapi Artemis merasakan dia mampu terlepas dari time-field.

So, berjayakah Artemis menyelamatkn dirinya dan gold2 tuh? Happy reading!

p/s: I've always curious abt fairies,infact i've done a presentation abt them once, so this book really interesting for ppl like me. But, it doesnt mean i do believe in them!(aiyak.. did one fairy die when i utter this word?;))

Posted at 03:37 pm by AiSkRiM
Comments (6)

Wednesday, May 05, 2004
Z'ABA (ED.) - KALONG BUNGA

Buku ini adalah sebuah buku lama dalam simpanan saya, telah ditebuk-tebuk oleh gegat kerana terabai. Tapi bagi saya nilainya tinggi dan patut dijadikan koleksi bagi peminat-peminat kesenian dan kesusasteraan Melayu. Ia diberi nama Kalong Bunga, Pilihan dan Petikan dari Rangkap-Rangkap Puisi Melayu Cara Lama, diterbitkan oleh DBP sebagai Siri Sastera DBP tahun 1964.

Isinya pelbagai. Dari nyanyian kanak-kanak, pantun, gurindam dan seloka tua-tua dari hikayat lama, gurindam adat perpatih, gurindam serapah dan jampi, gurindam teka-teki dan gurindam seloka moden. Kalau diteliti satu-persatu banyak juga yang lucu-lucunya, dan ada terselit pantun-pantun lama yang boleh dikategorikan 18SX (dari sudut kesantunan Melayu dan agama).

Dengan meneliti puisi-puisi Melayu lama ini, dapat kita jengah kembali bentuk kehidupan yang pernah dilalui oleh orang-orang Melayu zaman dahulu. Contohnya ada nyanyian kanak-kanak yang diberi nama nyanyi mengadukan orang mengintai, atau nyanyi main mencari kerbau. Perbuatan mengintai memang agak popular di kampung-kampung pada zaman dahulu, manakala mencari kerbau menunjukkan dekatnya kehidupan kanak-kanak Melayu dengan desa mereka dan pekerjaan ibu ayah masing-masing.

Pantun Melayu pula sememangnya unik dan keunikan ini telah disentuh dengan baik dalam sebuah buku karya seorang penanam Peranchis yang pernah menetap dan mencari rezeki di Tanah Melayu, The Soul of Malaya. Buku tersebut telah memenangi anugerah Prix Goncourt di negara Peranchis. Ujarnya dalam buku yang bernada autobiografi itu: The first pantun had amused me like those puzzle drawings that have to be looked at from every side to find some hidden profiles in the contours of the obvious objects. But it was not long before I discerned beneath all their ingenuity, a very sure and very concentrated art.

Antara contoh pantun-pantun yang memikat adalah pantun berunsur romantik, seperti pantun 'Satu Dalam Banyak', 'Surat Memikat Kekasih' dan 'Cinta Tak Berbalas'. Ada juga pantun-pantun nasihat dan pengajaran misalnya pantun 'Menyesal', 'Sedikit Menungan Hidup' dan 'Berbagai Nasihat'.

Pendek kata buku ini sangat tepat dibaca kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang corak kesenian Melayu lama dan tinggalan nenek-moyang kita. Tidak pasti adakah buku ini masih dicetak dan dipasarkan oleh DBP. Sesiapa yang ada maklumat terbaru tentang buku ini harap dapat hubungi saya di alias_neng@yahoo.com, atau tinggalkan mesej di blog saya www.alias-neng.blogdrive.com.

Posted at 02:05 pm by neng
Comments (1)

Tuesday, May 04, 2004
Hatimu Untuk Siapa

 Tajuk: Hatimu Untuk Siapa
 Pengarang: H.M. Tuah Iskandar
 Terbitan:Alaf 21 Sdn Bhd
 Cetakan Pertama: 2003
 ISBN 983-124-126-6


Sipnopsis:

Konflik antara dua beradik yang berlainan karaktor, Mazwin dan Szaza; seorg model beranak janda satu yg daring dan sorg lagi suri rumah yg sopan. Tapi, Szaza yg sopan telah berubah sama sekali selepas berjumpa balik kekasih lama, Izam, seorg ahli perniagaan yg kaya dan popular. Szaza nak kembali kepada Izam.

Pada masa tu, Izam dah beristeri, Salina tapi dia turut menjalin hubungan dengan beberapa wanita cantik yg lain, termasukla Szaza dan Mazwin tanpa mengetahui mereka adalah saudara.

Szaza berusaha keras untuk merebut hati Izam dan sanggup melupakan suami dan anak-anaknya. Berlaku persaiangan senyap tanpa disedari oleh Szaza dan Mazwin hingga membawa pelbagai insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan.

Izam yg menghadapi masalah apabila mengetahui Mazwin dan Szaza adalah bersaudara telah meminta pertolongan daripada seorang pakar motivasi dan pakar motivasi tersebut memberi Izam satu transkrip sejarah untuk dibaca.

Preview:

Jalan cerita buku ni simple, menggunakan pendekatan yang mudah dan jujur tentang kepincangan masyarakat kita. Tetapi apa yang memberatkan kandungan buku ini ialah 'transkrip' yg dibaca oleh Izam. Pembaca perlu membaca transkrip tersebut juga. Transkrip itu mungkin kelihatan tidak releven di awal cerita. Namun, setiap perkataan memunyai mesejnya yang tersendiri. Selamat menghayati ;-)

Posted at 06:40 pm by Aan Andes
Comments (1)

Monday, May 03, 2004
Tony Parsons - Man and Boy

Kenapa memilih buku ini?

Adakalanya sesebuah buku dipilih dari rak hanya kerana sebab kecil yang lahir dari sekitar diri. Man and Boy diambil dari rak pada mulanya kerana tajuk dan ilustrasi kulitnya yang ringkas - berwarna putih dengan latar tulisan dari sebuah kamus, dihiasi gambar dua pasang kasut, satunya milik lelaki dewasa dan satu lagi milik kanak-kanak lelaki. Di sebalik ringkasnya ilustrasi kulit depan, buku ini telah memenangi anugerah British Book Awards sebagai Book of the Year. Tajuknya menggamit hati kerana sememangnya saya gemar dengan buku-buku yang meneroka hubungan kemanusiaan, tidak kira pertalian saudara, cinta mahupun persahabatan. Semakin berbeza dari biasa, nescaya semakin berkesan sesebuah cerita.

Sinopsis:

Buku ini mengisahkan Harry, seorang pengarah rancangan televisyen yang telah mengalami krisis rumah tangga setelah menjalin hubungan dengan seorang rakan sekerjanya, Siobhan. Kehidupannya yang normal berubah mendadak apabila isterinya Gina mengetahui hal itu dan bertindak meninggalkan dia dan anaknya untuk kembali mengejar impiannya untuk bekerja di Jepun sebagai penterjemah. Tambah menyulitkan, pada masa yang sama Harry kehilangan kerjaya.

Dia terpaksa membiasakan diri menguruskan anaknya Pat yang setiap ketika bertanyakan ibunya, manakala usahanya untuk memujuk Gina kembali ke pangkuannya gagal. Dia juga harus bermula semula dalam kehidupan kerjaya setelah kehilangan pekerjaan. Banyak perkara yang selama ini hanya dipandang ringan tentang urusan rumahtangga kini diberesinya sendiri - dari cara menyediakan makanan untuk Pat (spageti hijau kegemarannya), menyampu rambut Pat dan melayannya bermain. Dia mulanya berasa begitu terasing dalam dunia pengurusan dan penjagaan anak yang biasanya lebih sinonim dengan wanita. Namun kasih sayang terhadap Pat membuat dia mengharungi semuanya. Dia belajar erti kehidupan seorang bapa tunggal.

Sementara itu di Jepun Gina tetap dengan pendiriannya untuk tidak pulang buat sementara. Tambah menyulitkan pembaikan rumahtangga Harry adalah pertemuan Gina dengan seorang lelaki lain di sana. Harry yakin tujuan Gina berbuat demikian hanyalah untuk balas dendam, namun Gina menolak tanggapan Harry dan mengatakan bahawa Harry tidak dapat menerima kenyataan bahawa Gina mampu hidup tanpanya. Pada masa yang sama Harry juga berkenalan dengan seorang ibu tunggal, Cyd yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Peggy. Kadangkala Cyd akan meninggalkan anaknya Peggy bersama-sama Harry dan Pat apabila dia bekerja. Ini tambah mengeratkan hubungan mereka.

Pada suatu ketika setelah hubungan Harry dan Cyd berjalan dengan baik untuk suatu waktu agak lama, satu peristiwa telah berlaku hingga menyebabkan Cyd memutuskan untuk kembali ke negaranya, Amerika. Harry yang mula menaruh perasaan terhadap Cyd begitu hampa.

Kesudahannya...? Benarkah Cyd pulang ke Amerika? Barangkali boleh beli/pinjam dan baca. Ada dua lagi novel sambungannya, iaitu Man and Wife dan One for My Baby. Bukunya tidak terlalu berat untuk dibaca di waktu senggang.

Kesimpulan:

Selamat membaca! :) (tak larat nak simpulkan lagi...)




Posted at 05:00 pm by neng
Comments (3)

Sunday, May 02, 2004
Hamka - Merantau ke Deli

Kenapa memilih buku ini?

Karya-karya Pak Hamka sememangnya unik kerana menampilkan sudut yang berbeza dari yang sering kita baca. Contoh novel-novelnya yang lebih terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Sebagai seorang tokoh agama dan pengarang kitab terjemahan Al-Qur'an Tafsir Al-Azhar, Pak Hamka membawa unsur lain dalam percintaan para remaja, iaitu nasihat keagamaan. Merantau ke Deli juga tidak menghampakan pembaca dari segi mesej murni yang ingin disampaikan.

Sinopsis:

Buku ini mengisahkan seorang wanita, Poniem yang diselamatkan dari lembah kehinaan oleh seorang lelaki bujang, Leman. Dia dinobatkan sebagai isteri dalam sebuah rumahtangga yang bahagia. Poniem begitu setia terhadap suaminya dan berusaha sedaya upaya untuk membantu dalam segenap urusan rumahtangga dan pekerjaan suaminya. Walaubagaimanapun ketenangan hidup berumahtangga mereka semakin hari semakin hilang setelah Leman mulai beroleh kesenangan dari perniagaannya. Sebagai lelaki yang berasal dari keluarga Minang, dia ditekan oleh keluarga supaya mengahwini seorang gadis berketurunan sama untuk meneruskan adat dan budaya.

Lama-kelamaan Leman termakan pujukan tersebut dan menerima cadangan kaum kerabatnya. Leman berkahwin lagi dan berjanji kepada Poniem tidak akan mengabaikan kebajikan dan perasaannya sebagai isteri pertama. Namun tidak berapa lama, janji tinggal janji. Isteri mudanya jauh lebih pandai menghias diri dan bermanja, malah mengadu domba supaya Leman lebih mengasihinya. Pergaduhan mula menjadi-jadi antara dua madu yang tinggal serumah itu. Perniagaan Leman yang selama ini dibantu Poniem pun hendak dikuasai oleh isteri muda. Leman yang serba-salah pada mulanya oleh kelakuan kedua-dua isterinya mula memihak kepada isteri muda.

Satu pergaduhan besar berlaku hingga Leman menceraikan Poniem. Sejak hari itu Poniem menghilangkan diri. Perniagaan yang dibina Leman bersama Poniem selama ini mula kerugian, tambahan lagi dengan sikap tamak isteri yang baru. Barulah Leman menyedari, selama ini dia menumpang kebijakan dan ketekunan Poniem dalam berniaga. Tapi nasi sudahpun menjadi bubur.

Poniem akhirnya bertemu jodoh baru yang lebih memahami dan menghargainya, iaitu salah seorang daripada pekerja terbaik di kedainya dahulu. Mereka membina perniagaan baru dengan sedikit modal yang ada pada mereka. Perniagaan itu berkembang maju hingga mereka menjadi senang dan berjaya mengumpul wang untuk membeli rumah dan tanah.

Sementara itu Leman dan isteri mudanya dulu semakin hari semakin jatuh miskin. Semua teman-temannya yang dulu menggeleng kepala melihat keadaannya yang kian hari kian sukar. Pertemuan kembali Leman dan Poniem benar-benar menginsafkan Leman - apatah lagi Poniem telah menjadi senang dan mempunyai suami baru yang menghargainya.

Kesimpulan:

Baik dihadiahkan kepada lelaki yang berniat untuk berpoligami :) (just kidding). Sebenarnya kisah ini sedikit sebanyak menyentuh isu poligami dan hakikat sukarnya untuk mewujudkan keadilan untuk para isteri. Selain itu ia juga menyentuh tentang perkahwinan silang budaya.

PS: Ini adalah buku pertama yang saya ulas di Bicara Buku. Terima kasih pada Ulatbuku atas jemputannya. Semoga ulasan ini berjaya menarik minat pembaca lain untuk menghayati karya-karya Pak Hamka.


Posted at 12:34 pm by neng
Comments (5)

Friday, April 23, 2004
Aisya Sofea - Sehangat asmara


Kisah Kay dan Zainal Ariff yang  berkahwin di UK tanpa restu keluarga.Di saat tgh mereka rasakan kehidupan mereka sempurna ,tiba2 Zainal Ariff mendapat telegram dr family n terpaksa balik malaysia. Kepulangan yg disangka seketika rupa2nya Kay terpaksa tunggu selama 9 thn lamanya untuk bertemu semula. Kay ditinggalkan semasa dia sedang mengandung dan Zainal Ariff tidak tahu tentang ini. Selepas 9 tahun, Zainal menjejak kaki ke pejabat Kay setelah melihat gambar KAy dan anak mereka di dalam sebuah majalah.

Kisah Kay yg ingin melupakan Zainal Arif. Kay masih ingat bagaimana dia ditinggalkan oleh Zainal Ariff keseorangan di UK. Bagaimana dia terpaksa bersetuju dengan keluarganya tentang Zainal Ariff. Kini Zainal Ariff hadir semula dalam hidup Kay, meminta peluang kali kedua.

Kenapa Zainal Ariff tinggalkan Kay?
Apakah KAy dapat menerima Zainal Ariff semula?

Buku ni best. Siap dapat signature penulis lagi masa book fair last year.. hehehe

Posted at 05:21 pm by AiSkRiM
Comments (8)

Amy Tan - A hundred secret sense

Buku ini tentang "yin world"= "ghost world". No, it's not really ghost story but its about Oliver,where when her father died, he asked her mum to try to find his other daughter in China.Well, Oliver is mixed,half chinese n she live in US.Anyway, her new sister came and she told Oliver that she have yin eyes, which mean she can see ghosts.And everynight she always told Oliver a story, which is actually their story in their previous life..yeah, they believe in new life after death but u will turn into different person n u cannot remember who u r in ur previous life.But oliver sister can remember cos she have yin eyes, well, according to this writer lah. The story goes on abt what happen in their previous life n their current life.INteresting cos in their previous life, they live during world war n how they tried to escape but failed.At the end, they all went back to china n there,Oliver remeber that she is her sister's best friend in their previous life but once she remember, her sister gone,like she just live all this time to tell olliver of their previous life.. ending quiet sad but still, aku suka sbb byk learn ttg yin n yang n the old chinese culture...

Posted at 05:10 pm by AiSkRiM
Comments (2)

Sidney Sheldon - The best laid plan


"today i'm going to meet the person who i'm going to marry"

Tentang seorang wanita yang ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya. Seminggu sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mengahwini orang lain.

Lelaki ini adalah seorg ahli politik yang bakal menjadi President US. Di sekeliling lelaki ini sering terjadi pembunuhan maka perempuan ini menyangka bahawa lelaki itulah pembunuh sebenar. Maka perempuan ini melibatkan diri di dalam dunia media(surat kahbar) dan menyiarkan pelbagai berita yang memburukkan lelaki ini.

Satu pembunuhan berlaku dan berdasarkan bukti yang diterima, perempuan ini menyangka bahawa dia berjaya menjatuhkan lelaki itu akhirnya. Dapat kah dia mencapai impiannya yang satu itu?

Posted at 05:06 pm by AiSkRiM
Make a comment


Previous Page

Next Page











<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28




Contact Me



rss feed


Blogdrive