Thursday, July 14, 2005
Faisal Tehrani - Advencer Si Peniup Ney

Tajuk: Advencer Si Peniup Ney
Penulis: Faisal Tehrani
Harga : RM 19.00


Lama berniat untuk mencari karya-karya Faisal Tehrani yang lain. This time, aku pilih buku ni. Tajuk dan synopsis di belakang buku macam menarik.

Setelah habis membaca buku ini, ada rasa kagum dengan keberanian Faisal kerana mengkritik secara terang-terangan. Lucu dengan karektor2 di dalam buku ini yang hanyut dengan keasyikan muzik.

Buku ini bercerita tentang sebuah negara jin, negeri Fantasia, yang hanya mementingkan muzik dan keasyikan bersuka ria. Buku ini adalah kritikan secara terbuka terhadap program reality tv seperti akademi fantasia dan Malaysian idol. Menggambarkan betapa masyarakat dari golongan bawahan hingga atasan lalai dengan keasyikan program sebegini. Di mana konsert mingguan penuh dengan jin-jin tanpa mengira usia (buku ini menggambarkan keadaan sebegini berlaku di sebuah negara jin). Pemimpin negara Fantasia ini juga tidak mahu menerima ajaran lain selain yang membawa keasyikan kepada rakyatnya.

Maka, sekumpulan jin yang berhasrat untuk memulihkan keadaan negara mereka telah pergi ke dunia manusia. Mereka mencari seorang muda yang alim, yang dirasa mampu untuk mengubah keasyikan rakyat terhadap muzik kepada keasyikan terhadap Ilahi.

Sulaiman, anak muda, yang penuh dengan ilmu agama di bawa. Di sana, dia cuba menarik perhatian masyrakat dengan alunan merdu zikir dan ayat al-Quran. Memperkenalkan muzik yang di benarkan di sisi Islam.

Mengisahkan pengalaman Sulaiman dalam usaha menyedarkan masyarakat negara tersebut. Pelbagai dugaan di hadapi Sulaiman termasuklah di goda puteri negara tersebut. Apakah Sulaiman mampu mengubah kehidupan masyarakat jin di negara itu?

Gambaran kisah Nabi Yusof dan Zulaikha turut di selit di dalam buku ini. Penulis memperkenalkan “Sema” , gabungan muzik dan zikir untuk menunjukkan rasa cinta. Part ini saya agak keliru kerana tidak pasti akan kesahihan kewujudan ‘sema’ ini, mungkin terpaksa buat rujukan lebih mendalam. Keseluruhannya, ada part yang sleepy skit tapi mendapat persepsi baru tentang suasana masyarakat kita sekarang.

Posted at 04:42 pm by AiSkRiM

rose
December 6, 2009   09:37 AM PST
 
because he has strong background but i m sure he never won the game
aeen
February 23, 2007   08:49 AM PST
 
excuse me...i'm sorry bcause i'm not so good in English. Untuk berbahas...boleh kita gunakan bahasa Melayu?Sbb saya pon tk mau ketinggalan untuk mengetahui ape yg terkandung dalam pemikiran kalian...Saya tk berapa fasih untuk memahami perbahasan dalam bahasa inggeris.

Saya pun tk berapa faham ape isu sebenar sebab kita sedang berbicara mengenai novel karya faisal tehrani bukan?

saya amat mengagumi penulisan faisal tehrani. Antara karya beliau yang telah saya lewati adalah Cinta Hari-hari Rusuhan.Karya ini yg membuatkan jiwa saya membuak2 untuk terus mencari2 dan menghayati karya beliau. Dan selainnya, 1511 dan Maaf Dari Sorga.
napi
October 17, 2006   02:29 AM PDT
 
jgn igt dunia shj akhirat lg penting dr dunia ini jd bringatlah.muzik tidak boleh slalu didengari nanti melalaikan.
teja
August 26, 2006   10:20 PM PDT
 
Satu sahaja soalan dr saya yang terpegun dengan buah fikir yang arif, apakah langit pernah mencurahkan hujan emas dan perak ke atas bumi ?
aiskrim
May 1, 2006   06:43 AM PDT
 
Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.

Don't think it that way just bcos of few ppl. No matter how they present Islam, the important part is how we ourself trying to be better Muslim. Ignore the bads, follow the goods. There is no use condemning others, pointing out their bad points.

Just leave them. Focus on how u ourself can be a good 'khalifah' in this world.

p/s: I wrote something abt this at my blog, do check it out.
http://icecream.blogdrive.com
aiskrim
April 29, 2006   06:06 PM PDT
 
I get kinda confused here. we r talking abt faisal tehrani right? And u r saying that he's a fundamentalist, right?

Well, that was ur opinion and I respect that. But in my humble opinion, what I see is 'hidayah' from Allah come in various form. Some through sermon, some maybe an incident, and there's some coming after reading books, when they gain some knowledge then something trigger inside them to embrace Islam and maybe practice to be a better Muslim.

That was why I support these so called fundamentalist. Sometimes the way they present is wrong, like u said, some r trying to prove their points without considering abt other ppl etc but there r ppl that can accept such things so I guess it's fine. There's always the freedom of speech after all.

In the end, it's up to the individual itself. We can ignore it or accept it. Or we can open up our mind and just read abt it, at least we know what they are thinking! :)

p/s: Why would I accused u of going to hell? I'm not the one who have the power to judge.
aiskrim
April 27, 2006   08:50 AM PDT
 
Indigo ,

Have u read the book yet? Btw, the book is there for ppl who want to read, if u don't like it, then ignore it. There is nothing wrong writing abt religion, infact, the author bringing a new concept in bringing teens today to be nearer to their religion, I admire him for this. Unlike other love novels which only made u ignore abt reality.

Of course,how can ppl with stronger religious value can help the world when everyday the world is condemning them (just like u did)? How can they help when no one trust them? No, when no one doesn't trust religion anymore.

At least when Faisal's write, he create some sort of awareness abt islamic values that was forgotten. And maybe out of his 100 readers, if only 1 get the 'hidayah', isn't that much more valuable?
XXX
April 14, 2006   06:20 AM PDT
 
karya ni terlalu emosional. 1), seolah2 watak utama dlm novel ini mahu mengislamkan segala2nya. memanglah islam itu syumul dan tiada paksaan, malah keindahannya boleh saja serta-merta menyerap masuk ke dalam jiwa sesiapa saja yang diberi hidayah Allah. tapi novel ni .... hmm, macam terlalu menunjukkan ilmu penulis aje dan memaksa pembaca mendengar khutbah yg panjang berjela tu.
mujahid
December 27, 2005   10:43 AM PST
 
sekana asyik melayani karya FT ni.. memang terserlah jiwa faisal tehrani yang ade pengalaman dalam kembara sufi.. membawa pembaca menyelinap satu kesenian sufi yang sukar idifahami secara sepintas lalu oleh orang kebanyakan. hanya merek yang arif dlm selok belok tasawuf dan faqih mengerti pengertian yang mendalam apa itu Cinta. Sema ..amat jarang didengari. bukan ke ia satu tarian sufi dari parsi yang berpusing2 dengan labuhan jubah kembang terangkat dengan tarbus lonjong? itukah sema? hanya mengagak...
jojo
November 27, 2005   07:12 AM PST
 
fiena... "cinta hari2 rusuhan" pun ok jugak... one of faisal tehrani's "lighter" works... tp ada unsur2 politik jugak diserapkan. i have a copy. kau balik malaysia nanti, gimme a call, aku pinjamkan.
hamba ALLAH
September 26, 2005   05:44 AM PDT
 
advenser si peniup ney.memanglah best sangat2.bnyk dimasukkan dalil-dalil daripada Al-Quran.membuatkan saya lebih faham tentang apa yang dibolehkan dalam Islam dan apa yang tak boleh. lepas baca buku ni saya lebih mendalami konsep muzik dalam Islam dan muzik zaman-zaman sekarang nih.and tambah-tambah lagi banyak sejarah pasal pemuzik-pemuzik Islam.barulah tahu yang start muzik ni orang-orang Islam.dan orang-orang Barat tu krja diorang cam biasa.mencilok dan mengubah-ubah segala-galanya untuk menyesatkan umat Islam sekarang. Sedarlah wahai sahabat bahawa sesungguhnya Perang Salib belum tamat lagi sampai sekarang. Plan Yahudi dan Nasrani untuk menjauhkan pemuda-pemudi Islam daripada Al-Quran berjaya dengan sesangat-sangat jayanya.sebab diorg tau yg kita takkan dapat dikalahkan dengan mata pedang.sebab diorg dah dapat pengajaran yang kekuatan umat Islam sebenarnya terletak pada kekuatan aqidahnya.so dah berapa lama agaknya diorg cuba sesatkan kita dengan pelbagai teori yang tak masuk akal,yang menyesatkan?dan berapa lama pulak kita nak tertipu dan memuja-muja kesesatan yang diorg masukkan dalam hidup kita sekarang?adakah kita lupa bahawa kita sesungguhnya telah berbai'ah kepada ALLAH S.W.T. bahawa DIA-lah Pencipta kita, DIA-lah Tuhan kita, Tuhan sekalian alam? sampai bila remaja Islam sekarang nak bertuhankan hiburan dan kelazatan dunia semata-mata?Lupakah bahawa kita ni pentadbir alam,pemakmur,dan bukannya perosak?Kembalilah wahai teman, kepada kalam ALLAH S.W.T. nescaya kita takkan sesat selama-lamanya.



Previous Entry

Next Entry











<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




Contact Me



rss feed


Blogdrive