Sunday, June 04, 2006
In The Miso Soup - Ryu Murakami

In The Miso Soup - Ryu Murakami
 
Penulis dari Jepun ini mmg terkenal dgn corak ceritanya yg ganas."Audition",daripada sutradara Takashi Miike sebagai contoh telah menggunakan karya dr penulis ini utk dijadikan filemnya.Secara jujur,aku memang GILA dengan karya dr negara Jepun(Banana Yoshimoto,Haruki Murakami,Ryu Murakami),tp sayangnya penulisan Ryu Murakami yg berjaya aku perolehi hanya 'In The Miso Soup' saja.
 
Aku selalu berulang-alik ke Kinokuniya utk mencarik buku dr penulis ini tapi buku2 beliau yg lain (69 etc) masih belum ada lagi di pasaran Malaysia.Kpd kalian yg ada buku dr penulis ini,mahu menjual or berkongsi pengalaman membaca,ringan-ringankan lah jari hantar mesej kpd aku.
 
In The Miso Soup mengisahkan tentang seorg pemandu pelancong seks yg terpaksa menyaksikan kes pembunuhan kejam oleh customernya sendiri.Customer yg bernama Frank ini ialah seorg lelaki yg mempunyai masalah sakit mental (kalau x silap aku).Beliau pd awalnya kelihatan normal,dtg ke negara Jepun hanya utk mencari pengalaman seks,tp sedikit demi sedikit,keadaan telah berubah menjadi semakin pelik.Apa yg menarik pd aku dlm buku ini ialah bagaimana penulis menceritakan kembali sejarah bagaimana Frank ini boleh menjadi begitu menakutkan dan bagaimana penulis menceritakan betapa dahsyatnya mangsa-mangsa itu dibunuh dgn kejam.
 
Spt buku Banana Yoshimoto,kesemua penulis dr Jepun termasuk Ryu Murakami lebih banyak menekankan kpd penghayatan emosi kita.Penulis bijak bercerita tanpa terburu-buru mencari penamat,dan akhirnya persoalan itu terjawab tanpa langsung kita dapat agak.Apa yg aku boleh katakan ttg buku ini ialah "gelap".Aku terkesan apabila membaca buku ini.Memang dahsyat dan menakutkan.
 
Penulis dari negara Jepun memang ada keistimewaan dan kelasnya yg tersendiri.

Review oleh tuesdayinheaven@yahoo.com. (Thanks kasi review, really appreciate it, btw, have u read Kazuo Ishiguro?)

Posted at 08:27 pm by AiSkRiM

Name
October 23, 2006   04:43 AM PDT
 
jom masuk kelas bahasa.
Epong
July 26, 2006   06:41 AM PDT
 
artakus.net dah tukau ke www.artakus.net.my

dah tau ke? heheh!



Previous Entry

Next Entry











<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30




Contact Me



rss feed


Blogdrive