Monday, May 01, 2006
Adriana Trigiani - Queen of the big time

Aku memang suka tulisan Adriana Trigiani. Buku-buku nya seringkali berkisar tentang kehidupan masyarakat Itali yang berhijrah ke Amerika namun tetap mengekalkan tradisi mereka.

Buku ini mengisahkan kehidupan Nella, dari dia di alam persekolahan hingga ke saat-saat akhirnya. Nella, tidak seperti gadis lain yang hanya memikirkan perkahwinan, mempunyai cita-cita untuk belajar hingga ke universiti dan mempunyai kerjaya. Namun impiannya tidak kesampaian apabila bapanya terlibat dalam satu kemalangan.

Nella terpaksa berhenti dari sekolah dan bekerja di kilang pakaian. Kepintaran Nella menyebabkan dia di lantik sebagai supervisor pada usia yang muda. Dari situ, Nella mula menjadi orang kepercayaan pemilik kilang tersebut.

Ada juga kisah percintaan Nella. Part yang aku suka adalah masa Franco cuba memikat Nella dengan membaca sebuah sajak William Butler Yeats.  Namun semasa perkahwinan nya dengan Franco, Renato, kekasih pertama Nella pulang.

Kesimpulannya, buku ni bercerita tentang Nella dan keluarganya. Seperti buku2 nya yang lain, Adriana selitkan resepi dan di dalam buku ini, terdapat resepi sponge cake.  Setakat ini, penulisan Adriana belum lagi menghampakan, malah setiap bukunya mempunyai tarikan mereka sendiri.




Posted at 06:44 am by AiSkRiM




Previous Entry

Next Entry











<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31




Contact Me



rss feed


Blogdrive