Sunday, January 01, 2006
Dan Brown - Angels and Demons

3rd book of Dan Brown I've tried. And it still lingers around my mind even after I finished it.

Angels and Demon mengisahkan tentang sebuah kumpulan rahsia yang dianggap lagenda, Illuminati. Kumpulan ini dikatakan tidak lagi wujud dan jika wujud pon, tiada sesiapa tahu kerana ia adalah sebuah kumpulan rahsia yang terbesar di dunia.

Namun pembunuhan seorang saintis di mana dadanya di cop dengan tulisan Illuminati yang sebenar(tulisan Illuminati sebenar dikatakan tidak akan boleh di tiru oleh sesiapa kerana ia harus simetrik(symmetry)). Seorang profesor Harvard yang pernah menulis buku tentang kumpulan ini di panggil untuk cuba menyelesaikan misteri pembunuhan ini.

Saintis yang di bunuh ini dulunya seorang paderi dan di dalam kajiannya, dia ingin membukti kepada gereja bahawa sains dan agama bukanlah 2 benda yang berbeza. Hal ini kerana gereja telah membuang saintis2 dahulu apabila mereka cuba buktikan sesuatu dengan sains. Golongan saintis yang tidak suka akan hal ini seterusnya menubuhkan satu kumpulan, memperjuangkan sains dan cuba menjatuhkan golongan gereja. Kumpulan yang di gelar Illuminati. Dikatakan Galileo Galilei adalah salah seorang ahli Illuminati.

Penyelesaian kepada misteri ini membawa Profesor Langdon bersama Victoria(anak saintis yang di bunuh) ke Rome dan Vatican City. Bahan kajian saintis yang dibunuh itu telah di curi dan di letak di Vatican City. Bahan itu boleh meletupkan satu Rome dalam masa 24jam.

Dalam proses mencari bahan kajian itu, Profesor Langdon harus menyelesaikan beberapa misteri berkaitan dengan Illuminati. Pada hari itu, Vatican City sedang melakukan proses mencari 'Pope' baru dan 4 orang yang dipilih sebagai orang yang sesuai untuk position itu telah di culik dan akan di bunuh di 4 gereja yang menjadi tempat kumpulan Illuminati. Namun untuk mencari gereja2 ini, Langdon terpaksa menggunakan segala kemahirannya. Part ni exciting sangat sebab memang misteri sangat dan unik sangat.

Ending dia memang aku tak jangka langsung tapi lepas baca, aku masih teringat tentang misteri mencari gereja2 tu dan headquater Illuminati. Memang jalan ceritanya unik dan lain.

Dan Brown seperti biasa, cerita2 nya yang setakat ni aku dah baca mempunyai unsur2 kumpulan yang bergaduh dengan gereja etc. Apa2 pon, this is a great book.

Posted at 01:08 am by AiSkRiM




Previous Entry

Next Entry











<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31




Contact Me



rss feed


Blogdrive