Tuesday, February 19, 2008
May I say that this blog is officially close?
Kinda sad but I don't have time anymore to write reviews, neither other contributors.
So it's best I officially annouce to those who still visit that this blog is officially close.
Thanks
-Aiskrim-
Posted at 05:00 am by AiSkRiM
Thursday, August 10, 2006
Freakonomics: The Rogue Economist Guide to Everything
Just so excited to know there are so many Malaysians capable of being bookworms. Just want to share my blog entry on Freakonomics: The Rogue Economist Guide to Everything. Not review per se, more like ramblings related to the book.
This is my first non work related, non study related, self-initiated non-fiction book after long. Not the grandest book and it's highly commercial but for sure I am not willing to spend hours of my life reading this without learning something. Interesting facts I found.
Ku Klux Klan, the most popular (Black-Eyed Peas raps them) and most bigoted (out of many other) white supremacists were actually naming their holy book as Kloran. Pathetic isn't it? Aren't they supposedly obsessed with the superiority of whites and Catholicism? Klible suits them better.
I now know what freebasing (the cocaine one) is. It is actually the process of freeing the coccaine in coccaine hydrochloride for better and longer high and it is also an obvious suicide attempt. "Chemistry should be left to chemists"
Why do crack (also the coccaine one) is called crack? Because they have mix the distilled coccaine with baking soda which will make cracking sound when burnt.
Isaiah is the most popular American black boy name in 2000. I guess some Malaysian Muslims should use this name. It's cooler and politically more meaningful than Isa and less risky than naming your child Jesus.
P/S: I used to think that Jesus is the most original name. But then my friend's nephew's name is Muhammad Jesus Nufahad. I applaud his parents for being so brave to go against the societal norms and reluctant to believe the common misleading notion that Arabic names are better and more Islamic than the Malay and English names
Review by Azrul Azmie
Posted at 02:03 pm by AiSkRiM
Sunday, June 04, 2006
In The Miso Soup - Ryu Murakami
In The Miso Soup - Ryu Murakami Penulis
dari Jepun ini mmg terkenal dgn corak ceritanya yg
ganas."Audition",daripada sutradara Takashi Miike sebagai contoh telah
menggunakan karya dr penulis ini utk dijadikan filemnya.Secara
jujur,aku memang GILA dengan karya dr negara Jepun(Banana
Yoshimoto,Haruki Murakami,Ryu Murakami),tp sayangnya penulisan Ryu
Murakami yg berjaya aku perolehi hanya 'In The Miso Soup' saja. Aku
selalu berulang-alik ke Kinokuniya utk mencarik buku dr penulis ini
tapi buku2 beliau yg lain (69 etc) masih belum ada lagi di pasaran
Malaysia.Kpd kalian yg ada buku dr penulis ini,mahu menjual or
berkongsi pengalaman membaca,ringan-ringankan lah jari hantar mesej kpd
aku. In The Miso Soup mengisahkan tentang
seorg pemandu pelancong seks yg terpaksa menyaksikan kes pembunuhan
kejam oleh customernya sendiri.Customer yg bernama Frank ini ialah
seorg lelaki yg mempunyai masalah sakit mental (kalau x silap
aku).Beliau pd awalnya kelihatan normal,dtg ke negara Jepun hanya utk
mencari pengalaman seks,tp sedikit demi sedikit,keadaan telah berubah
menjadi semakin pelik.Apa yg menarik pd aku dlm buku ini ialah
bagaimana penulis menceritakan kembali sejarah bagaimana Frank ini
boleh menjadi begitu menakutkan dan bagaimana penulis menceritakan
betapa dahsyatnya mangsa-mangsa itu dibunuh dgn kejam. Spt
buku Banana Yoshimoto,kesemua penulis dr Jepun termasuk Ryu Murakami
lebih banyak menekankan kpd penghayatan emosi kita.Penulis bijak
bercerita tanpa terburu-buru mencari penamat,dan akhirnya persoalan itu
terjawab tanpa langsung kita dapat agak.Apa yg aku boleh katakan ttg
buku ini ialah "gelap".Aku terkesan apabila membaca buku ini.Memang
dahsyat dan menakutkan. Penulis dari negara Jepun memang ada keistimewaan dan kelasnya yg tersendiri.Review oleh tuesdayinheaven@yahoo.com. (Thanks kasi review, really appreciate it, btw, have u read Kazuo Ishiguro?)
Posted at 08:27 pm by AiSkRiM
Monday, May 01, 2006
Adriana Trigiani - Queen of the big time
Aku memang suka tulisan Adriana Trigiani. Buku-buku nya seringkali berkisar tentang kehidupan masyarakat Itali yang berhijrah ke Amerika namun tetap mengekalkan tradisi mereka.
Buku ini mengisahkan kehidupan Nella, dari dia di alam persekolahan hingga ke saat-saat akhirnya. Nella, tidak seperti gadis lain yang hanya memikirkan perkahwinan, mempunyai cita-cita untuk belajar hingga ke universiti dan mempunyai kerjaya. Namun impiannya tidak kesampaian apabila bapanya terlibat dalam satu kemalangan.
Nella terpaksa berhenti dari sekolah dan bekerja di kilang pakaian. Kepintaran Nella menyebabkan dia di lantik sebagai supervisor pada usia yang muda. Dari situ, Nella mula menjadi orang kepercayaan pemilik kilang tersebut.
Ada juga kisah percintaan Nella. Part yang aku suka adalah masa Franco cuba memikat Nella dengan membaca sebuah sajak William Butler Yeats. Namun semasa perkahwinan nya dengan Franco, Renato, kekasih pertama Nella pulang.
Kesimpulannya, buku ni bercerita tentang Nella dan keluarganya. Seperti buku2 nya yang lain, Adriana selitkan resepi dan di dalam buku ini, terdapat resepi sponge cake. Setakat ini, penulisan Adriana belum lagi menghampakan, malah setiap bukunya mempunyai tarikan mereka sendiri.
Posted at 06:44 am by AiSkRiM
Sunday, January 01, 2006
Dan Brown - Angels and Demons
3rd book of Dan Brown I've tried. And it still lingers around my mind even after I finished it.
Angels and Demon mengisahkan tentang sebuah kumpulan rahsia yang
dianggap lagenda, Illuminati. Kumpulan ini dikatakan tidak lagi wujud
dan jika wujud pon, tiada sesiapa tahu kerana ia adalah sebuah kumpulan
rahsia yang terbesar di dunia.
Namun pembunuhan seorang saintis di mana dadanya di cop dengan tulisan
Illuminati yang sebenar(tulisan Illuminati sebenar dikatakan tidak akan
boleh di tiru oleh sesiapa kerana ia harus simetrik(symmetry)). Seorang
profesor Harvard yang pernah menulis buku tentang kumpulan ini di
panggil untuk cuba menyelesaikan misteri pembunuhan ini.
Saintis yang di bunuh ini dulunya seorang paderi dan di dalam
kajiannya, dia ingin membukti kepada gereja bahawa sains dan agama
bukanlah 2 benda yang berbeza. Hal ini kerana gereja telah membuang
saintis2 dahulu apabila mereka cuba buktikan sesuatu dengan sains.
Golongan saintis yang tidak suka akan hal ini seterusnya menubuhkan
satu kumpulan, memperjuangkan sains dan cuba menjatuhkan golongan
gereja. Kumpulan yang di gelar Illuminati. Dikatakan Galileo Galilei
adalah salah seorang ahli Illuminati.
Penyelesaian kepada misteri ini membawa Profesor Langdon bersama
Victoria(anak saintis yang di bunuh) ke Rome dan Vatican City. Bahan
kajian saintis yang dibunuh itu telah di curi dan di letak di Vatican
City. Bahan itu boleh meletupkan satu Rome dalam masa 24jam.
Dalam proses mencari bahan kajian itu, Profesor Langdon harus
menyelesaikan beberapa misteri berkaitan dengan Illuminati. Pada hari
itu, Vatican City sedang melakukan proses mencari 'Pope' baru dan 4
orang yang dipilih sebagai orang yang sesuai untuk position itu telah
di culik dan akan di bunuh di 4 gereja yang menjadi tempat kumpulan
Illuminati. Namun untuk mencari gereja2 ini, Langdon terpaksa
menggunakan segala kemahirannya. Part ni exciting sangat sebab memang
misteri sangat dan unik sangat.
Ending dia memang aku tak jangka langsung tapi lepas baca, aku masih
teringat tentang misteri mencari gereja2 tu dan headquater Illuminati.
Memang jalan ceritanya unik dan lain.
Dan Brown seperti biasa, cerita2 nya yang setakat ni aku dah baca
mempunyai unsur2 kumpulan yang bergaduh dengan gereja etc. Apa2 pon,
this is a great book.
Posted at 01:08 am by AiSkRiM
Tony Parson - The family way
New year resolution: Update Bicara Buku!! Hehehe. Sorry for those who wait ages for an update.
So here it is. A book by Tony Parson, "The family way".
Lagi sebuah buku yg best dari Tony Parson. Sesiapa yg belum baca "A man and a boy", sila baca. Aku rasa buku tu best sangat.
Seperti biasa, Tony Parson suka bercerita tentang hal2 kekeluargaan.
Buku ini mengisahkan 3 orang adik beradik yang ditinggalkan emak mereka
ketika mereka masih kecil. Bapa mereka adalah seorang pelakon maka
jarang berada di rumah. Maka Cat, sebagai anak yang sulung terpaksa
memikul tanggung jawab sebagai ibu dan bapa untuk adik2nya, Megan dan
Jessica.
Mereka membesar. Cat bekerja di sebuah restoran, Megan(yg bongsu)
berjaya bergelar doktor dan Jessica, berhenti bekerja dan berkahwin.
Cat tidak pernah inginkan perkahwinan dan anak kerana masa silamnya.
Pengalaman semasa kecilnya yang terpaksa membesarkan kedua-dua adiknya
membuat Cat berazam tidak mahu mempunyai anak.
Berbeza dengan Jessica yang terlalu inginkan anak sehingga sanggup
melakukan pelbagai ujian. Megan pula tidak terfikir untuk mempunyai
anak kerana ingin fokus pada kerjayanya.
Megan mendapati dia mengandung selepas 'a one night stand' dengan
seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Ini membuat Jessica berasa
begitu marah kerana merasa tidak adil terhadap apa yang berlaku.
Seterusnya buku ini bercerita tentang bagaimana ketiga adik-beradik ini
berhadapan dengan masalah mereka. Bagaimana mereka 'being supportive'
terhadap satu sama lain. Dan dalam proses ini mereka cuba memahami
maksud 'family'.
Pada pendapat aku, buku ni relate to everyday things. Benda2 biasa yang
buat kita keliru. Give me more insight into life. And not having a kid
does not mean world gonna end, there is more way to happiness.
If u r a fan of Tony Parson, this is really a great book, sama best mcm A man and a boy.
Posted at 12:55 am by AiSkRiM
Thursday, July 14, 2005
Faisal Tehrani - Advencer Si Peniup Ney
Tajuk: Advencer Si Peniup Ney Penulis: Faisal Tehrani Harga : RM 19.00
Lama berniat untuk mencari karya-karya Faisal Tehrani yang lain. This time, aku pilih buku ni. Tajuk dan synopsis di belakang buku macam menarik.
Setelah habis membaca buku ini, ada rasa kagum dengan keberanian Faisal kerana mengkritik secara terang-terangan. Lucu dengan karektor2 di dalam buku ini yang hanyut dengan keasyikan muzik.
Buku ini bercerita tentang sebuah negara jin, negeri Fantasia, yang hanya mementingkan muzik dan keasyikan bersuka ria. Buku ini adalah kritikan secara terbuka terhadap program reality tv seperti akademi fantasia dan Malaysian idol. Menggambarkan betapa masyarakat dari golongan bawahan hingga atasan lalai dengan keasyikan program sebegini. Di mana konsert mingguan penuh dengan jin-jin tanpa mengira usia (buku ini menggambarkan keadaan sebegini berlaku di sebuah negara jin). Pemimpin negara Fantasia ini juga tidak mahu menerima ajaran lain selain yang membawa keasyikan kepada rakyatnya.
Maka, sekumpulan jin yang berhasrat untuk memulihkan keadaan negara mereka telah pergi ke dunia manusia. Mereka mencari seorang muda yang alim, yang dirasa mampu untuk mengubah keasyikan rakyat terhadap muzik kepada keasyikan terhadap Ilahi.
Sulaiman, anak muda, yang penuh dengan ilmu agama di bawa. Di sana, dia cuba menarik perhatian masyrakat dengan alunan merdu zikir dan ayat al-Quran. Memperkenalkan muzik yang di benarkan di sisi Islam.
Mengisahkan pengalaman Sulaiman dalam usaha menyedarkan masyarakat negara tersebut. Pelbagai dugaan di hadapi Sulaiman termasuklah di goda puteri negara tersebut. Apakah Sulaiman mampu mengubah kehidupan masyarakat jin di negara itu?
Gambaran kisah Nabi Yusof dan Zulaikha turut di selit di dalam buku ini. Penulis memperkenalkan “Sema” , gabungan muzik dan zikir untuk menunjukkan rasa cinta. Part ini saya agak keliru kerana tidak pasti akan kesahihan kewujudan ‘sema’ ini, mungkin terpaksa buat rujukan lebih mendalam. Keseluruhannya, ada part yang sleepy skit tapi mendapat persepsi baru tentang suasana masyarakat kita sekarang.
Posted at 04:42 pm by AiSkRiM
Tuesday, June 28, 2005
Artemis Fowl: The Opal Deception
Tajuk: Artemis Fowl; The Opal Deception
Penulis: Eoin Colfer
Penerbit: Puffin Books
Dibeli Di: Popular, Kota Bharu
Watak Utama:
1. Artemis Fowl, Butler, Captain Holly Short.
2. Opal Koboi, Merv dan Scant Brill.
3. Mulch, Foaly, Commander Julius Root.
Tentang Apa Buku Ini:
Opal Koboi, penjenayah pixie yang berada dalam tahanan di klinik Dr Argon melepaskan diri dengan bantuan dua pembantunya, si kembar Brills. Bagi membalas dendam Koboi merancang pembunuhan Commander Root, menuduh Captain Short dan cuba membunuh si Mud Boy penjenayah cerdik berusia dua belas tahun, Artemis Fowl dan pengawalnya Butler. Semua ini dilakukan supaya Koboi dapat meneruskan rancangannya untuk memusnahkan dunia fairy dan mengawal dunia manusia.
Cara untuk menahan Koboi dari meneruskan rancangannya, Artemis harus diingatkan semula tentang dunia fairy yang telah disapu bersih oleh centaur Foaly sebelum ini, Captain Short harus dibersihkan dari tuduhan membunuh dan si dwarf Mulch harus melarikan diri dari penjara untuk membantu mereka.
Apa Yang Saya Suka:
1. Ia adalah kombinasi Harry Potter dan CSI. Dunia magik berselirat dengan teknologi sains terkini. Penulis Eoin Colfer memberikan cerita ini identitinya yang tersendiri.
2. Watak-watak yang jelas dan ada kelebihan masing-masing.
3. Cerita yang penuh aksi sepanjang perkembangannya.
4. Karakter dan dialog-dialog yang lucu, hidup dan spontan. Saya tergelak-gelak dan menggeleng kepala membaca buku ini.
Apa Yang Saya Tidak Suka:
Bagi seorang pembaca buku yang obses, sukar rasanya mencari kekurangan buku yang dibaca bila ia sudah memberi saya hari yang ceria!
Kalau Anda Suka Buku Ini, Anda Mungkin Suka Buku-Buku Lain:
1. Siri Harry Potter.
2. Buku-buku lain Artemis Fowl; Artemis Fowl, The Eternity Code, dan The Arctic Incident.
Posted at 04:52 am by achik
Thursday, June 23, 2005
Divine Secrets of Ya-Ya Sisterhood
Tajuk Buku: Divine Secrets of Ya-Ya Sisterhood
Penulis: Rebecca Wells
Penerbit: HarperTorch
Dibeli Di: Popular, Kota Bharu.
Watak Utama:
1. Siddalee Walker, dan ibunya Vivi Walker.
2. Adik-beradik Ya-Ya; Teensy, Caro dan Necie.
Tentang Apa Buku Ini:
Sepenuhnya tentang perhubungan antara perempuan. Hubungan antara ibu dan anak perempuan, hubungan persahabatan antara empat orang wanita, dan hubungan-hubungan mereka dengan manusia-manusia sekeliling mereka.
Cerita tentang Sidda yang sekian lama cuba memahami ibunya, Vivi, dan kehidupan yang datang bersamanya. Titik salah faham besar bermula bila Sidda buat keterangan akhbar tentang bagaimana hidup peribadi dia jadi inspirasi untuk sebuah teater arahannya. Vivi merasakan Sidda seperti mahu memalukannya sebagai seorang ibu, meledak marah pada Sidda. Dengan penuh kekeliruan, Sidda yang sudah bertunang dengan Connor McGill menangguhkan perkahwinan mereka dan beralih duduk bersendiri di sebuah kampung kecil.
Konflik itu membuka segala ketakutan dan keraguan dalam hidup Sidda, menjadi titik dia berfikir mencari apa yang dia mahu dari hidup. Membuat dia berfikir apa dan kenapa semua perkara yang berlaku singgah dalam hidupnya.
Adik-beradik Ya-Ya; sahabat sehati sejiwa Vivi mengambil langkah menyelamatkan keadaan, mereka rasa sudah tiba masanya Sidda berkongsi cerita mereka lalu menyuruh Vivi menghantar buku koleksi memori yang dinamakan "Divine Secrets of Ya-Ya Sisterhood."
Dari koleksi itu, Sidda peroleh seribu satu cerita. Lebih banyak soalan timbul berbanding jawapan yang dia sangkakan. Jalan seterusnya selepas itu menjadi kunci siapa Sidda sebagai natijahnya dan bagaimana dunia dilihat di hadapannya.
"We're not born all at once, but by bits. The body first, and the spirit
later... Our mothers are racked with the pains of our physical birth; we ourselves suffer the longer pains of our spiritual growth." - Mary Antin Apa Yang Saya Suka:
Pertama, cerita sahabat-sahabat perempuan Vivi dan adik-beradik Ya-Ya. Saya rasa semua wanita dalam dunia ini ada kumpulan sahabat mereka sendiri. Kawan untuk berbual, bercerita tentang baju, membeli-belah bersama dan untuk sama-sama menangis bila menonton filem. Sahabat perempuan yang boleh beri komen apa yang dipakai itu sesuai atau dapat bersama-sama berjam-jam berjalan di pusat membeli belah mencari sepasang kasut atau sekotak hadiah, tapi dalam masa yang sama boleh juga memberi nasihat apa yang perlu dilakukan dengan hidup atau memberi sebab dengan tepat kenapa perlunya pulang ke rumah kepada ibu bapa.
Kedua, bagaimana buku ini mempotretkan ibu sebagai sahabat terbaik untuk seorang anak perempuan. Dalam kepala kita sudah ada macam satu garis pandu bagaimana seorang ibu yang baik sepatutnya. Cerita Sidda dan Vivi mewakili semua anak perempuan dan ibu dalam dunia dan segala macam konflik mereka kecil atau besar. Sebagai salah seorang dari mereka ini, saya sangat berbesar hati membaca bagaimana cerita ini dirumuskan.
Akhir sekali, saya suka buku ini kerana macam kehidupan kita yang versinya lebih panjang dan melelahkan; ia adalah panduan kecil tentang hidup membesar, kedua-dua secara fizikal atau spiritual. Semua orang melalui satu bahagian di dalam hidup untuk cuba memahami hidup mereka, kenapa begini dan bagaimana boleh jadi begitu. Tetapi adakalanya kita harus berhenti bertanya soalan, mengambil apa yang ada di hadapan dan terus saja melangkah.
"It's life, Sidda. You don't figure it out. You just climb up on the beast and ride." Apa Yang Saya Tidak Suka:
Dari segi isi-isinya, tidak ada. Cuma bagi saya perkembangan buku ini agak perlahan dan memenatkan. Kalau tidak ada daya, saya rasa ramai orang akan berhenti separuh jalan membaca buku ini.
Kalau Anda Suka Buku Ini, Anda Mungkin Suka Buku-Buku Lain:
1. PS, I Love You oleh Cecelia Ahern.
2. The Jane Austen Book Club oleh Karen Joy Fowler.
3. Little Women oleh Louisa May Alcott.
Posted at 05:24 pm by achik
Monday, May 23, 2005
Tak Seindah Impian ~ Haizal
Tak Seindah Impian
~ Haizal
~ Rhythm Publishing Co Sdn Bhd
~ 440 mukasurat
~ rm 17.90
Sinopsis
Tinggallah sahabatku...
Junjungan kalbu...
Moga-moga roh-rohmu saling bertamu.
Nurul Atikah dikurniakan kecantikan, kebijaksanaan, kasih sayang keluarga dan rakan-rakan serta masyarakat sekitarnya. Namun segala kuniaan-Nya itu punah kerana cinta. Nurul Atikah terleka dengan cinta Ismail sehingga dia lupa pada keluarga dan pelajarannya. Akhirnya dia diperkosa oleh kekasihnya sehingga dia mengandung. Keengganannya menerima Ismail sebagai suami menyebabkan Ismail melacur dan menderanya secara seksual. Nasib menyebelahinya apabila dia diselamatkan oleh sahabat baik Ismail.
Dia menukarkan namanya kepada Siti Norlida agar tidak dapat dikesan oleh Ismail. Dia bekerja sebagai GRO untuk membesarkan anaknya, Nurul Huda. Pertemuan dengan Rohaimi telah memberi sinar baru dalam hidupnya. Rohaimi mengambilnya sebagai isteri walaupun mengetahui kisah silamnya. Namun kebahagiannya hanyalah sementara. Dia di fitnah oleh ibu mertuanya sendiri dan Rohaimi menceraikannya.
Dia pulang kekampung dan secara kebetulan bertemu dengan Micky, kenalan sejak zaman remajanya. Micky melamarnya dan dia menerimanya.
Rohaimi muncul semula dan menagih cintanya. Dia keliru antara cinta Rohaimi dan kasih Micky. Sanggupkah dia menggadai kasih suaminya demi meraih cinta kekasih hatinya? Pasrahkah dia mengharungi pelbagai liku dan dugaan hidup mendatang yang perit.
~~~
A glance at the synopsis at the back of the book, I knew this wasnt going to be the usual soppy stuff. And the writer, Haizal.. is it a he or a she.. Well it doesnt matter cos I like the story line which is so real and life-like.
Big prints which is a great help for old people like me and the english used is perfect. Well written story but so many characters, so you are not allowed to skip pages. You want to know what happens next, you dont feel like leaving the book; which was why I managed to finish it in less than 2 days. (I would have loved to finish it in one long sitting but unfortunately that was not possible :-)
The heroine and heros died in the end, and yes, that was tears trickling down my cheeks. Hahah.. ter-emo pulak. Good read. Am looking forward to more of Haizal's books.
Interestingly, Rythmn Publishing has a host of new writers and even invites potential or book-writers-wannabes. Contact them at
Rhythm Publishing Co. Sdn Bhd
Plot 46(B), Lorong Perindustrian Bukit Minyak 9,
14000 Bukit Minyak
Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Posted at 12:21 pm by k.WyNn
|
|
|
|